Blogger Widgets ***************SweeT_Girlz*************** ✿◕‿◕✿ DaLaM HaTi aDa FuN FaiR ✿◕‿◕✿: January 2011 Blogger Widgets

Search my Blog

Tuesday, January 25, 2011

Senarai Peribahasa Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6. baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan.

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah semasa mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Sama taraf berkenaan perkahwinan atau persahabatan.

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : Tidak takut berdepan dengan pihak lawan kerana kedua-duanya sama handal.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.


Senarai Peribahasa Tingkatan 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Saling tolong-menolong.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melibatkan diri

6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : Orang yang semuafakat, sehidup semati, dan tidak berubah kesetiaannya.

13. memerah otak
Maksud : Belajar bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh maksud kedua, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : Adat yang tidak boleh dilanggar.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara.
b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.

31. bersatu teguh bercerai roboh.

MAKSUD : semangat perpaduan akan menyebabkan masyarakat itu kukuh dan apabila berpecah-belah, masyarakt itu akan hancur.


32. bagai tanduk diberkas.

MAKSUD : Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.


33. kalah jadi abu, menang jadi arang.

MAKSUD : Kalah atau menang dalam pertelingkahan tidak akan mendapat apa-apa kecuali kedua-dua pihak mendapat kerugian.


34. kalah membeli menang memakai

Maksud: Barang yang mahal tetapi tahan lama atau baik mutunya.

JUN 2005

1. seperti ikan pulang ke lubuk.

Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.


2. muafakat membawa berkat.

Maksud : Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik.


3. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.


NOVEMBER 2005

1. berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

MAKSUD: Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang terpaksa menempuhinya.


2. seperti burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung.

Maksud : tidak mempunyai kebebasan kerana sentiasa di awasi.


3. ukur baju di badan sendiri.

Maksud : Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita.

JUN 2006

1. seperti ular kena palu.

Maksud : Keadaan jalan, lorong atau sungai yang bengkang-bengkok.


2. air dicincang tidak akan putus/ carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum semula juga.

MAKSUD : Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai akibat perselisihan.


3. hendak seribu daya, tak hebdak seribu dalih.

MAKSUD: Orang yang inginkan sesuatu, dia akan cuba segala upaya manakala orang yang tidak mahu atau malas, dia akan berikan pelbagai alasan.

NOVEMBER 2006

1. Bahasa jiwa bangsa.

Maksud : Bahasa ialah semangat sesuatu bangsa.


2. usaha tangga kejayaan.


3. alah bisa tengal biasa.

MAKSUD : pekerjaan yang sukar akan menjadi senang jika dilakukan selalu.

JUN 2007

1. seperti kacang lupakan kulit.

MAKSUD : Seorang yang lupa/menafikan asal-usulnya/orang yang tidak mengenang budi.

2. ke lurah sama dituruni, ke bukit sama didaki / hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah / berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

3. berakit-berakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

MAKSUD : bersusah-susah dahulu untuk mendapatkan kesenangan dan kebahagiaan pada masa akan datang.

NOVEMBER 2007

1. Bahasa jiwa bangsa.

MAKSUD: Bahasa ialah semangat sesuatu bangsa.


2. bagaikan dakwat dengan kertas.

MAKSUD: Tidak pernah bercerai/sangat secocok.


3. seperti air dalam kolam.

MAKSUD: orang yang sentiasa kelihatan tenang.


JUN 2008

1. durian runtuh.

MAKSUD: keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka.

2. berani kerana benar

MAKSUD:berani kerana berada di pihak yang betul.


1. sesat dihujung jalan, kembali ke pangkal jalan.

MAKSUD: jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah kita menginsafinya dengan segera.

NOV 2008

1. bagai menatang minyak yang penuh

maksud : Memelihara anak dengan penuh kemanjaan dan kasih sayang.


1.benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

maksud : Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.

2. hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Berikan maksud peribahasa di bawah

1. tiada rotan, akarpun berguna.

Maksud : Sementara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik pun berguna.


2. menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Maksud : apabila berbuat sesuatu yang jahat, perkara itu akan terkena kembali kepada kita sendiri/melakukan sesuatu perbuatan yang memalukan nama baik sendiri.


3. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Maksud : Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati kerana harga manusia terletak pada janjinya itu.

Isi tempat kosong dalam dialog

1. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung / masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal/ Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

2. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Maksud : Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa depan.


3. Jauh berjalan luas pemandangan

Maksud : Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya