Blogger Widgets ***************SweeT_Girlz*************** ✿◕‿◕✿ DaLaM HaTi aDa FuN FaiR ✿◕‿◕✿: March 2011 Blogger Widgets

Search my Blog

Tuesday, March 1, 2011

SYAIR MAKNA RIAK


Kemudian dinyatakan makna riak,

Amal ibadat kerana manusia,

Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,

Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan,

Mengiringkan beberapa puasa tak makan,

Bertutur itu suara diperlahankan,

Tubuh dan badan tidak dihiraukan.


Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,

Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,

Bicara alhayat konon diselidik,

Supaya disangka ianya cerdik,

Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,

Berserban lilit ekor berhambayan,

Sejadah di bahu berhampaian,

Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,

Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.

MAKSUD

Rangkap 1: Syair ini mengungkap makna riak/takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada semua manusia dianggap sebagai riak. Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik.

Rangkap 2: ada pula perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut. Namun hakikatnya kebersihan tubuh badan tidak diambil kira.

Rangkap 3: Orang sebegini berpura-pura melakukan amalan tersebut agar dirinya disangka warak iaitu tidak memintengkan keduniaan. Dia juga sering berkhemah sedangkan hatinya memandang keduniaan.

Rangkap 4: Ada juga perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang berpengetahuan luas dengan menunjukkan perbuatan berceramah dan bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian. Namun begitu dia sering mencampur adukkan perkara yang baik dengan yang buruk.

Rangkap 5:Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui percakapan yang kononnya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan dirinya mempunyai ilmu mantik yang tinggi. Orang sebegini berbuat sedemikian agar masyarakat mengiktiraf kebijaksanaannya dan memberikannya ganjaran tertentu.

Rangkap 6: Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui cara berpakaian, iaitu memakai serban yang berlilit ekor di kepala, meletakkan sejadah di bahu, dan seuntai tasbih berada di tangan.

Rangkap 7: Ada perbuatan ditunjukkan ketika melakukan amalan berzikir. Orang begini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun begitu, niat yang sebenarnya adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan atau untuk mendapatkan pengaruh.

Rangkap 8: Sesungguhnya semua perbuatan riak itu akan menjadi bala yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah taala. Ada kalanya, perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan kepada diri serta dimurkai oleh Allah taala.

TEMA

· Perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia.

PERSOALAN

ü Sikap berpura-pura atau tidak jujur seseorang itu dalam melakukan amal ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain.

ü Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam melakukan amal ibadat.

ü Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan disebalik amal ibadat.

ü Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan masyarakat.

ü Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui cara berpakaian.

ü Kemurkaan Allah terhadap semua perbuatan diak yang dlakukan oleh manusia.

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR

* Terdiri daripada 8 rangka.

* Mempunyai 4 baris serangkap.

* Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata sebaris.

* Mempunyai 8 hingga 14 suku kata sebaris.

* Rima akhir bagi puisi ini aaaa.

* Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

* Pemilihan kata (diksi) yang indah

Contoh: Terkadang bercakap ilmunya mantik; Bicara alhayat konon diselidik

* Bahasa Arab

Contoh: jazbah;kasad;wali

* Simile:

Contoh: Terkadang jazbah seperti gila

* Asonansi

Contoh: Tasbih ditangan beruitan (pengulangan bunyi vokal a)

* Aliterasi

Contoh: Kemudian dinyatakan makna (pengulangan bunyi konsonan k)

NILAI

* Kejujuran

Contoh: Sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh Tuhan.

* Kebersihan fizikal dan beramal ibadat

Contoh: Mementingkan aspek kebersihan diri walaupun sibuk beramal ibadat.

* Kerajinan

Contoh: Rajin dalam menyampaikan ceramah atau berucap di majlis keraian

* Kesederhanaan

Contoh: Bersikap sederhana terutama dalam hal-hal yang berkaitan keduniaan.

* Bertanggungjawab

Contoh: Bertanggungjawab menyampaikan dakwah secara telus tanpa ada niat yang bertentangan.

PENGAJARAN

* Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sebrang perkara atau tugas.

* Kita mestilah mengutamakan kebersihan diri kerana kebersihan sebahagian daripada iman.

* Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegini merupakan sifat terpuji.

* Kita haruslah bersama-sama memikul tanggungjawab menerokai ilmu agama untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat