Blogger Widgets ***************SweeT_Girlz*************** ✿◕‿◕✿ DaLaM HaTi aDa FuN FaiR ✿◕‿◕✿: PAPA ( Akhirnya kau tewas jua... ) Blogger Widgets

Search my Blog

Tuesday, March 16, 2010

PAPA ( Akhirnya kau tewas jua... )

Novel Tingkatan 4 : PAPA...( Akhirnya kau tewas jua )

Biodata Pengarang : Deana Yusof

- Nama sebenarnya Norhaiza binti Yusof.
- Lahir pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor.
- Pendidikan awal di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur.
- Melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor.
- kini menjadi suri rumah dan penulis di Pekan Ilmu Publications.
- Berpegang kepada kepercayaan bahawa kualiti lebih penting daripada kuantiti.

1. Tema
Kasih sayang yang mendalam dalam ikatan kekeluargaan.

2. Persoalan

> Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing-masing.
CONTOH : Intan Maliana sanggup berkorban dengan mengandung buat kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya.Walhal, tindakannya itu berisiko tinggi.

> Kesetiaan kepada suami terhadap isteri.
CONTOH : Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas banyak kehilangan darah semasa melahirkan anak kedua mereka

> Masalah yang timbul akibat daripada kegagalan mengawal nafsu.
CONTOH : Tindakan Muaz b. Al-Khalibi menodai pengemas biliknya telah menyebabkan wanita itu mengandung.

> Ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian daripada Tuhan.
CONTOH : Ketabahan Jeffri berhadapan dengan ujian Tuhan apabila isterinya koma dan anak kembarnya meninggal dunia.

> Persahabatan tanpa mengira asal usul dan status sosial.
CONTOH : Intan Maliana berkawan rapat dengan Rasylan walaupun Rasylan anak luar nikah.

> Keperihatian masyarakat terhadap musibah yang dihadapi oleh orang lain.
CONTOH : Mak Cik Noraini menasihati Intan Maliana tentang risiko yang bakal dihadapinya sekiranya mengandung buat kali kedua.

1 comment:

  1. bkn intan maliana yg kwn ngan rasylan...tp intan juliana

    ReplyDelete