Blogger Widgets ***************SweeT_Girlz*************** ✿◕‿◕✿ DaLaM HaTi aDa FuN FaiR ✿◕‿◕✿: PANTUN ENAM KERAT Blogger Widgets

Search my Blog

Tuesday, January 25, 2011

PANTUN ENAM KERAT

Putik kelapa menjadi muda,

Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.


Ambil galah jolok kedondong,

Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cencaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kail tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.



RANGKAP 1 : Pembayang rangkap satu ialah unsur alam. Maksud yang hendak disampaikan ialah walaupun hati sudah terluka, tetapi pura-pura atau berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Perasaan sedih dan duka cita (pedih) seakan-akan tidak dipedulikan, walhal remuk redam yang dialami ialah cinta yang tidak kesampaian dan sudah berderai dan musnah semuanya.

RANGKAP 2 : ialah tentang penyataan pasrah kepada ketentuan dan takdir yang disuratkan. Tiada sesiapa yang harus disalahkan. Nasib sedemikian tidak perlu disesali lagi.

RANGKAP :
Pujaan hati sudah berubah hati kepada cinta baharunya, iaitu mendapat pengganti. Apabila ditinggalkan, si dia sudah tidak sudi (berkenan) dengan kekasih atau cinta lamanya. Jika masih mengharap, harapannya sangat tipis dan tidak akan dipandang lagi.

TEMA :-

Ketabahan hati semasa berhadapan dengan kekecewaan dalam percintaan.

PERSOALAN:-

i. Perasaan kecewa yang perlu dihadapi dengan tabah tanpa menyerah kalah pada takdir.

ii. Perasaan rendah diri apabila dikecewakan oleh orang yang dikasihi

iii. Menerima takdir hidup dengan pasrah.

iv. Persoalan tentang masalah kewangan yang sering menjadikan seseorang itu sentiasa dibelenggu masalah.
v. Persoalan tentang nasib yang menimpa diri seseorang sememangnya sudah ditakdirkan.
vi. Persoalan tentang sikap manusia yang mengabaikan sesuatu yang lama setelah mendapat sesuatu yang baharu.

BENTUK PANTUN : -

1.Terdiri daripada tiga rangkap.

2.Mempunyai enam baris serangkap

3.Dua baris pertama adalah pembayang, manakala dua baris berikutnya adalah maksud.

4.Terdiri daripada empat hingga lima patah sebaris.

5.Mempunyai sembilan hingga sebelas suku kata sebaris

6.Rima akhir bagi puisi ini abc abc (sengkelang)

GAYA BAHASA :-

a.Pemilihan kata (diksi) yang indah.

Contoh: Hati Luka pura tiada.

b.Repetisi.

Contoh: Sudah takdir, sudah suratan.

c.Imej alam.

Contoh: putik kelapa, kedondong, buluh, ikan cencaru, gelama.

d.Peribahasa.

Contoh: ibarat kaca jatuh ke lantai, ibarat melukut di tepi gantang.

e.Asonansi.

Contoh: Kelapa muda jadi kemirau (pengulangan bunyi vokal a)

f. Aliterasi.

Contoh: Kail tersangkut di tepi batang (pengulangan bunyi konsonan t)

NILAI: -

i. Ketabahan; tabah menghadapi kekecewaan dalam percintaan

ii. Keredaan; reda akan takdir tuhan

iii. Rasional : tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian yang menimpa diri

iv.Kesabaran - manusia mestilah sentiasa sabar menghadapi masa-masa sukar kerana ketiadaan wang dan sebagainya.
v.Bersyukur - manusia sentiasa bersyukur dan berserah apabila menerima nasib yang kurang baik.
vi.Mengenang jasa - manusia tidak harus mengamalkan sikap lupa daratan apabila mendapat sesuatu yang baharu.


PENGAJARAN: -

i.Kita perlu tabah dan kuat semangat apabila berhadapan dengan kekecewaan

ii.Kita mesti menerima ketentuan tuhan dengan reda dan pasrah

iii.Kita mesti bersikap rasional apabila berhadapan dengan masalah dalam kehidupan tanpa menyalahkan orang lain.

iv.Kita hendaklah bersabar untuk menempuh segala masalah yang bakal dihadapi.
v. Manusia hendaklah sentiasa bersyukur dan menerima segala dugaan yang ditakdirkan.
vi.Masyarakat mestilah mengenang jasa orang dan tidak mengamalkan sikap melupakan yang lama setelah memperoleh sesuatu yang baharu.

Analisis Soalan dan Perancangan Jawapan

a) Apakah cara-cara menghadapi kekecewaan? [2 markah]

Aras Soalan : Petikan
Tugasan Soalan : Cara-Cara (Menghadapi Kekecewaan)
Ambilan Isi : Dalam Petikan (Daripada Pantun)
Jumlah Isi Jawapan : 2

Jawapan: Cara-caranya ialah menyembunyikan perasaan kecewa itu (hati luka pura tiada) dan perasaan sedih jangan dilayan (rasa pedih buat tak hirau).


b) Dalam rangkap akhir pantun dinyatakan bahawa apabila sudah mendapat pengganti baharu, yang lama tidak lagi disukai.Pada pendapat anda, mengapakah seseorang manusia bersikap sedemikian? [3 markah]

Aras Soalan : Kbkk
Tugasan Soalan : Sebab Manusia Melupakan Yang Lama Setelah Mendapat Pengganti.
Ambilan Isi : Luar Petikan
Fokus : Yang Lama (Bukan Pengganti Baharu)
Jumlah Isi Jawapan : Minimum 2

Jawapan: Pada pendapat saya, manusia bersikap demikian kerana kenangan seseorang itu mudah pudar, sudah berasa bosan, keindahan lalu sudah lenyap dan ikatan terhadap yang lama memudaratkan diri.

c) Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam pantun tersebut. [4 markah]

Aras Soalan : Komsas
Tugasan Soalan : Persoalan
Fokus : Pernyataan Sahaja, Tiada Huraian
Jumlah Isi Jawapan : Minimum 3

Jawapan: Persoalan pantun ialah rasa kecewa yang mampu disembunyikan, penerimaan ketentuan takdir dan perubahan perasaan manusia seiring dengan perjalanan waktu.

No comments:

Post a Comment