Blogger Widgets ***************SweeT_Girlz*************** ✿◕‿◕✿ DaLaM HaTi aDa FuN FaiR ✿◕‿◕✿: Sajak Dirgahayu Bahasaku Blogger Widgets

Search my Blog

Tuesday, January 25, 2011

Sajak Dirgahayu Bahasaku



Tempatmu di singgahsana

hati nurani bangsaku

warga yang berbudi

setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa

Yang mesti dipelihara martabatnya

Agar tetap kukuh dan ampuh

Melayari lautan bijaksana

Salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku

Hak bangsaku memilikimu

Hak bangsaku mendaulatkanmu

Di bumi bertuah ini

Merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan

Ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan

Gagah pelautku membelah lautan

Ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam

Dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku

Di arena antarabangsa suaramu tumbuh

Menusuk kalbu lagu bahasamu

Bahasamu bahasa minda

Mudah akrab dan bertatasusila

Daripada bangsa yang bernama Melayu

Menempa kejayaan di alaf baru.

Maksud

Rangkap 1 : Sajak mengungkapkan kedudukan bahasa Melayu yang dinisbahkan kepada singgahsana, iaitu tempat bersemayam raja-raja. Bahasa dikaitkan dengan hati nurani bangsa sebagai warga yang berbudi, setia dan amanah.

Rangkap 2 : Sajak memberi penegasan terhadap martabat bahasa sebagai maruah bangsa yang mesti dipelihara. Bahasa hendaklah dipastikan tetap kukuh dan ampuh sebagai wahana ilmu (lautan bijaksana) dan sendi perpaduan (salam ikatan mesra dan teguh). Penyajak menurunkan mesej berkenaan menerusi bait puisinya:

Rangkap 3 : Memberi fokus tentang peranan pejuang bahasa dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai milik bangsa dan negara dalam mengharungi era globalisasi. Semangat cekal dan waja para pejuang bahasa akan memastikan bahawa hak bangsa bagi mempertahankan bahasa Melayu terjamin. Ujar penyajak:

Rangkap 4 : Merakamkan sejarah kegemilangan bahasa Melayu yang pernah megah sebagai bahasa perdagangan serantau (khususnya pada era empayar Melaka, penulis blog). Urusan diplomatik dan pelaut dilaksanakan tanpa masalah menerusi perantaraan bahasa Melayu. Penyajak menitipkan:

Rangkap 5 : Dan terakhir merumuskan fungsi bahasa Melayu di arena antarabangsa bagi menempa kejayaan pada alaf baru. Bahasa Melayu sangat unik kerana lenggoknya yang menusuk kalbu (meresap di jiwa), mengungkapkan perasaan dan fikiran (bahasa minda), menjurus kepada persaudaraan dan sopan santun (mudah akrab dan bertatasusila). Bahasa Melayu dihadiahkan oleh bangsa Melayu untuk nusa Malaysia.


TemA :-
Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.

PERSOALAN : -
1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. Menghargai sumbangan bahasa kebangsaan
3. Hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu
4. Keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan

Gaya BahasA : -

1. Sinkof – tempat
mu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu, bahasamu, tak
2. Metafora – lautan bijaksana
3. Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
- bahasaku mencengkam
4. Inversi – gagah pelautku membelah lautan
- di arena antarabangsa suaramu tumbuh
5. Anafora –
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
6. Pengulangan –
ke barat dan ke timur
ke utara dan ke selatan

NILAI : -
1. Semangat patriotik
2. Hormat-menghormati
3. Semangat perpaduan
4. Yakin diri

PENGAJARAN : -
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.

No comments:

Post a Comment