Blogger Widgets ***************SweeT_Girlz*************** ✿◕‿◕✿ DaLaM HaTi aDa FuN FaiR ✿◕‿◕✿: HARGA REMAJA – Rahman Shaari Blogger Widgets

Search my Blog

Monday, November 8, 2010

HARGA REMAJA – Rahman Shaari

Maksud


Rangkap 1

Berapakah sebenarnya harga remaja

yang bersih

dari gelodak kecewa

bagai kehijauan daun

bagai kesegaran pohon

di pinggir perjalanan ini?

D : Pertanyaan tentang harga remaja yang tidak mengalami kekecewaan.

Rangkap 2

Dengan apakah akan kaupenuhi

piala remajamu

adakah cuka kesangsian

dari cinta maruah

atau madu ajaran

dari ilmu susah

D : Pertanyaan tentang kewajaran remaja menerima kesusahan, iaitu sana ada disebabkan perasan cinta yang belum masanya atau ilmu yang ditimba selama ini.

Rangkap 3

Remaja amat mahal

sesungguhnya

tiada terbeli oleh perjanjian

harga remaja adalah pendirian

keberanian dan ilmu

D : Remaja amat berharga dan tidak dapat dibandingkan dengan perjanjian dlam percintaan yang belum masanya. Remaja yang baik ialah remaja yang berani dan memiliki ilmu.

Rangkap4

Penuhilah remajamu

dengan ketentuan tuju

D : Remaja hendaklah mengetahui arah tuju kehidupannya.

Tema

Mengisi kehidupan zaman remaja dengan amalan yang positif. Harga atau nilai seorang remaja terletak pada pengisian hidupnya. Untuk menjadikan dirinya seorang yang bernilai, seseorang remaja itu perlulah berusaha untuk mengisi kehidupannya dengan perkara yang positif.

Persoalan

1. Dugaan hidup seorang remaja – remaja perlu melalui kesukaran dan cabaran yang pelbagai dalam meneruskan kehidupan.

2. Remaja amat tinggi nilainya – remaja yang mempunyai ciri positif seperti mempunyai pendirian, berani, dan berilmu amat tinggi nilainya.

3. Kepentingan mempunyai hala tuju – remaja yang menetapkan hala tujunya akan berjaya dalam menempuh alam remaja.

4. Pengisian alam remaja – remaja menentukan sendiri pengisian alam remajanya.

Nada

Sajak ini bernada sinis.

Bentuk

1. Terdiri daripada 4 rangkap dan bilangan baris dalam rangkap 1 hingga rangkap 3 adalah sama, iaitu 6 baris, manakala rangkap 4 ialah 2 baris.

2. Jumlah perkataan dalam setiap baris juga adalah tidak sama, iaitu antara 1 hingga 4 patah kata.

3. Rima akhirnya adalah bebas.

Gaya Bahasa

1. Inversi – dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu?

2. Simile – bagai kehijauan daun.

3. Sinkope - ....kaupenuhi, dan....remajamu.

4. Metafora – harga remaja, piala remaja.

5. Anafora – bagai kehijauan daun, bagai kesegaran pohon.

6. Asonansi – berapakah sebenarnya harga remaja (perulangan vokal ‘a’)

7. Aliterasi – adakah cuka kesangsian (perulangan konsonan ‘k’)

Nilai

1. Berhati-hati – remaja wajar berhati-hati ketika menikmati usia remaja.

2. Keberanian – nilai seorang remaja dipengaruhi oleh keberaniannya.

3. Berilmu – remaja yang berilmu akan dihargai.

4. Berpendirian teguh – remaja dituntut mempunyai pendirian yang teguh dalam menjalani kehidupan.

5. Rasional – remaja yang rasional dapat menentukan hala tuju kehidupannya.

Pengajaran

1. Remaja perlulah menempuh alam remaja dengan berhati-hati.

2. Remaja mestilah berani menjalani kehidupan bermasyarakat.

3. Remaja hendaklah berusaha untuk menjadi insan yang berilmu.

4. Remaja mestilah mempunyai matlamat dan hala tuju dalam kehidupan.

5. Remaja perlulah menggunakan ilmu untuk mengelakkan diri daripada kesesatan.

No comments:

Post a Comment