Blogger Widgets ***************SweeT_Girlz*************** ✿◕‿◕✿ DaLaM HaTi aDa FuN FaiR ✿◕‿◕✿: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL Blogger Widgets

Search my Blog

Saturday, November 6, 2010

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Maksud :

Rangkap 1 :
Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

D : orang yang berakal/cerdik dianggap mulia oleh masyarakat dan menyamai orang alim. Sesiapa yang menjadi pengikut orang yang berakal akan dapat hidup bahagia.

Rangkap 2 :
Kerana ia akalnya tajam
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihat kekejaman,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

D : Orang yang berakal akan membela sesiapa sahaja yang dianiayai. Si pelakunya pula akan menerima balasan yang setimpal dengan kekejaman yang telah dilakukannya.

Rangkap 3 :
Telek pandangan dengan makrifat, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

D : Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja dan mengetepikan orang yang jahat.

Rangkap 4 :
Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal.

D : Orang yang berakal akan mengikut hukum-hukum agama. Selain berserah kepada Allah, orang yang berakal juga tidak bersikap tamak haloba kerana dia sedar bahawa dunia ini tidak akan kekal.

Rangkap 5 :
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.

D : Orang yang berakal tidak mengada-ada walaupun dikasihi oleh pihak atasan. Dia tidak sombong, sebaliknya sentiasa berbaik-baik dengan rakan-rakan.

Rangkap 6 :
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu, makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

D : Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, orang berakal itu makin berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakannya, tetap bersikap merendah diri dan makin kuat bekerja.

Rangkap 7 :
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

D : Orang yang berakal tidak berasa bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan. Dia ingin memahami sesuatu bidang ilmu secara mendalam.

Tema
Sesuatu yang difikirkan adalah berdasarkan akal fikiran.

Persoalan
i) Orang yang terbaik merupakan orang yang berakal.
ii) Orang yang berakal bersimpati terhadap nasih orang yang dizalimi.
iii) Orang yang berakal tidak memihak kepada orang yang jahat.
iv) orang yang berakal taat kepada agama dan tidak sombong.

Unsur Keindahan
i) Inversi – Tiadalah ia melanja-lanja
ii) Asonasi = (e) – merendahkan diri serta berkhidmat. (e = 4 kali)
iii) Aliterasi = (n) sangat mengasihi tuan dan sahabat. (n = 4 kali)

Inversi – Penggunaan ayat-ayat songsang. Contoh: Hati di dalam – sepatutnya di dalam hati.
Asonasi – Pengulangan huruf vokal (A, E,I,O,U)
Aliterasi – Pengulangan huruf konsonan (selain daripada huruf vokal)

Nilai –
i)Berilmu. Contohnya, ilmu yang diperolehi daripada orang yang berilmu dan berakal.

ii) Menegakkan keadilan. Contohnya, seseorang itu tidak rela membiarkan orang lain dianiaya.

iii) Merendah diri. Contohnya, seseorang itu akan sentiasa merendah diri walaupun dipuji dan dikasihi oleh orang lain.

iv) Reda – Sentiasa redah dengan apa yang berlaku.

Pengajaran –
i) Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.

ii) Ilmu – Setiap orang hendaklah mencari ilmu agar menjadi orang yang berakal.

iii) Menegakkan keadilan - Kita hendaklah menegakkan keadilan apabila melihat orang teraniaya.

iv) Merendah diri – Kita haruslah merendah diri kerana ia adalah sifat yang baik.

v) Janganlah kita mendekati orang jahat.

No comments:

Post a Comment